Tuesday, 27 December 2011

HIMPUNAN KATA-HIKMAH

bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUM
kai fa haluka??
Dah lame rasenye x post something kat blog nih....
maklumlah....
cuti sekolah....
ade jer keje sekolah....
ish3.....sian2....
tape2....
kne sabo....
tampa melengahkan masa...sye memulakan isi tajuk kite ari ni....
insyaAllah....
moga bermanfaat apa yang dikongsikan....
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@


Di sini saya ingin kongsikan bersama Himpunan-himpunan koleksi kata-kata hikmah yang banyak terdapat dalam dunia maya ini. Semoga dapat dijadikan panduan dan teladan kepada si Pembaca :

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

ALHAMDULILLAH.....


Saturday, 10 December 2011

SOLAT ITU TIANG AGAMA

#bismillahirrahmanirrahim#

*Assalamualaikum*

Alhamdulillah tdi....bru jer selesai berunion ngan kengkawan.....
ex student jer......sklh rendah......
@
@
jam menunjukkan...11:55
warghh....ngantok nyer....
tape2...
klu nx berblog.....
ana tido lambat pon tape.....
(padahal x nak pisah ngan komputer die)
^_^
@
@
@
ok lah.....tak mau lme2.....
kang x pasal2 keyboard ni jdi bantal jgk.....
jom kite lyn cite nih.....

PEnyU ProdUCtioN
present.....

Wednesday, 7 December 2011

LELAKI......KAUM ADAM......

<BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM>

*ASSALAMUALAIKUM....*
^_^

jam menunjukkan kol 2:19......
jom mula.....

dah berapa ari ana x update blog...
ari ni dpt gak idea.....
ate mne x nyer.....
malam nx tido lambat x leh jgk....
almaklumlah...adik lelaki ana takut nx tido sorang2
jom r mula nyer.....
daripada tadi x mule2 nyer....
sebeno-beno nyer ni bkn tajuk yg ana nx bincangkan.....
jom sme2 layan....
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
13 CIRI-CIRI LELAKI YANG SELAYAKNYA SEORANG WANITA PILIH SEBAGAI PELINDUNGNYA DAN PEMIMPIN HIDUPNYA, LELAKI YANG LAYAK DICINTAI
^_^  
@
@
@
"kaum hawa merupakan sebaik-baik perhiasan di muka bumi ini...."
readers2 sekalian....
<KAUM ADAM> ESPECIALLY
bukankad dalam surah an-NUR...
Allah telah berfirman...
@
"lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik
dan
perempuan-perepuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik"
@
jom sme2 kiter tengok+baca+beramal.....
@
@
@
@
  1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.*
  2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asa dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.*
  3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.*
  4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.*
  5. Ada sikap optimis - berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.*
  6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
  7. Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.*
  8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.*
  9. Berani menghadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.*
  10. Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungjawab.*
  11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.*
  12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.*
  13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.*
AL-QURAN
@
@
@
@
"...Kalau setiap saat awak ingatkan Allah & setiap saat itu juga saya ingatkan Allah.. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang SATU. Di situlah selayaknya hati kita bertemu..."


Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.”

(HADIS RIWAYAT TIRMIZI)

@
@
@
@
kaum ADAM>>>
"jadilah apa yang sepatut nya seorang MUSLIM sejati jadi"
@
@
@
@
kaum HAWA>>>
"pilihlah suami MUSLIM sejati.....agar hidup diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T"

sekian...^_^
@ASSALAMUALAIKUM@

MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA


KISAH SEORANG WANITA.......

ASSALAMUALAIKUM.......

apa habaq sume.....??
harap baik yerk.....
hari ni ana nx kongsikana satu citer yang menarik 
jom sme2 kite layan.....
dan jangan lupe....
renung-renungkan n selamat beramal.....



Disebuah

restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan
seorang diri...
tiba-tiba datang sekumpulan
remaja duduk di meja sebelah..

✿ Seorang gadis dari kumpulan
itu berkata :
"gadis kampung mana pulak
datang restoran mahal cmne
pastu makan guna tangan pulak
tu...ne mesti tak reti nak pakai
sudu dan garfu kan.."

✿Seorang anak muda pulak
menyampuk:
"ish...muka cantik..tapi makan
sampai licin pinggan..malu doh
kalau aku jadi bf dia..kalau awek
aku makan x sampai separuh
pinggan..diet katakan..nak jaga
badan...

✿Seorang lagi berkata :
"eww..tengok tu...sampai menjilat
jari dowh..geli aku...pengotor
rupanya awek ne..."..

Kemudian datang seorang lelaki
yang tidak dikenali ke arah
kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:
✔Gadis bertudung itu makan
guna tangan kerana ikut sunnah
Rasulullah s.a.w. bukan kerana
dia gadis kampung.
✔Gadis bertudung itu makan
sampai licin kerana dia tak ikut
nafsu untuk membazir, bukan
kerana dia tidak malu
✔Gadis bertudung itu makan
sampai menjilat jari kerana ikut
sunnah Rasulullah s.a.w, bukan
kerana dia pengotor


WALLAHU'ALAM

Tuesday, 22 November 2011

SYUKUR........KEPADA ALLAH

ASSALAMUALAIKUM...........readers......

Apa kabo sume....???
harap baik ler yerk.....
camne cuti sklh......bes....??
nx pi mne2 kew.....??
biasa r tuh.....
tiap2 cuti sklh mesti parent nx bwk pi holiday....
sbb ape parents buat camtu??
sbb nx rapat ukhwah.....
mne x nyer....time parent cuti kiter sklh....
time parent keje kite cuti.....
sebok sepanjang mase.....
skrg nih cuti sklh@akhir taun dah mai......
manfaat kan cuti sklh dgn baik.....
jgn lupe nx ulang kaji......
n jgn lupe nx solat lima waktu......kasi penoh nyer.....
tambahkan dgn solat sunat.......
INSYAALLAH di berkati dan diredhai oleh-NYA
tp kne niat ikhlas r......
jgn buek kerana terpakse......
x ptot......

ok r......
sebenar nye bkn tu yg ana nx sembangkan....
tajuk kiter ialah...........
SYUKUR KEPADA ALLAH.......

syukur ni ade mcm2 rupe......
n mcm2 bende kite leh syukur.....
termasuk mende baik ngan bende JAHAT.....
bkn maksud ana mende jahat....
camni= ya ALLAH time kasih krne memberi peluang untok aku buat             
       maksiat......(salah sme skli)
yg betoinyer..= ya ALLAH time kasih kerana memberi aku kekuatan 
                untuk menghindarkan diriku daripada maksiat.....

SIFAT SYUKUR.....


Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang.
Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.
Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebagai iktibar kepada hamba-Nya.
Firaun Dan Pengikutnya
Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu kerajaan Mesir ketika itu.
Tetapi malangnya, Firaun menjadi sombong dan lupa diri.
Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah Tuhan yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah dirinya.
Sehinggakan Allah S.W.T mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi petunjuk ke atas rakyat yang telah dizalimi tadi.
Allah S.W.T juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan angkuh Firaun itu dengan menenggelamkan dia di Laut Merah sewaktu cuba membunuh Nabi Musa a.s.
Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik ketika pemerintahan Firaun.
Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu Firaun dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku perdana menteri; orang yang kedua tertinggi dalam kerajaan Firaun laknatullah.
Kisah Raja Namrud
Raja Namrud juga salah satu contoh manusia yang tidak bersyukur atas pemberian Ilahi, bukan sahaja bersifat angkuh tetapi dia mahu membakarnya hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s. yang diutuskan oleh Allah ke atas kaum mereka.
Namun dengan sifat kasih sayang Allah S.W.T, api yang sepatutnya bersifat panas dan membakar menjadi dingin dan selamat untuk Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud pula akhirnya dimusnahkan dengan dihantar seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya untuk memakan otaknya.
Manusia Yang Paling Sabar
Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah S.W.T. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah S.W.T lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah S.W.T berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah di sebalik kedukaan ujian yang melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.
Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.
Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan di atas amalan yang dilakukan.
"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hamba-Mu yang daif dan lemah."
"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."                                      
 dipetik dari artikel ILUVISLAM.com
"aku tidak pernah menyesal mnjadi aku.. kerana mnjadi aku,aku boleh mencintai Tuhanku.. kerana aku adalah ank abah dan ummie.. dan aku tetap aku.."
hamba ALLAH ini bersyukur dgn apa yang ada......

Setakat itu sje rsenyer yg ana dpt beri......
InsyaALLAH.....klau ade rezeki....ana akn tambah lgi artikel.....
sekian......WALLAHUA'LAM.....





Saturday, 5 November 2011

HukUm MEmberI SALaM

ASSALAMUALAIKUM...........

apo kabo readers sume........
ada sihat ka........???
ana disini sihat.......Alhamdulillah.......

malam nih.....
ana nx bincangkan pasal
HUKUM MEMBERI SALAM.....

ada yang kite x tau.....
dan ade yg kite tau
sme2 kite belajar........

Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat…dalil2nya juga telah banyak kita temui.Menjawab salam pula hukumnya wajib…tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab….
Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242…dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
  • 1. orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  • 2. orang yang sedang berada didalam tandas
  • 3. Orang yang sedang makan dan minum
  • 4. orang yang sedang berperang
  • 5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  • 6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
  • 7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  • 8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  • 9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
  • 10. Orang yang sedang qada’ hajat.
  • 11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  • 12. Orang yang sedang iqamat
  • 13. Orang yang sedang mabuk.
  • 14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  • 15. Orang yang sedang solat
  • 16. Orang gila
  • 17. kanak-kanak
  • 18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  • 19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  • 20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…
# Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.
# Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.
Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.
Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.
Sll aku jumpa kes budak lelaki mengorat budak perempuan dgn bg salam, kemudian bila si perempuan tak menjwb, dikatanya tak baik tak jwb slm. Harus dijwb.. And yg best tu si pempuan plak kdg2 menerima je hujah tersebut tanpa berpikir panjang..

moga ilmu yg dikogsi sebentar tadi dapat digunakan bersama......
itu sahaja drpd saya......
klau ade ape yg nak dikomen boleh jer......
xder hal........
sekian.........
ASSALAMUALAIKUM